Ia menjadi pos imigresen di Pantai Timur Johor. Ia mempunyai beberapa buah rumah dan satu jalan yang menghala ke Sungai Rengit, bandar yang lebih besar untuk penginapan dan kemudahan makanan. Mukabumi yang rendah dan berpaya menyebabkan kawasan ini agak ketinggalan berbanding dengan kawasan-kawasan lain di Johor.