
iDengue ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia bersempena Hari Denggi ASEAN 2013 pada 15 Jun 2013 di Sungai Petani, Kedah. Kaedah pelaporan maklumat denggi harian dan lokasi wabak denggi melalui Portal iDengue ini lebih efisien berbanding dengan kaedah pelaporan yang dibuat secara mingguan di media cetak (surat khabar, majalah) dan media massa (tv dan radio) seperti yang diamalkan sebelum ini. Kewujudan portal ini telah dapat meningkatkan kesedaran orang ramai dan komuniti setempat yang berada di kawasan wabak denggi terlibat untuk mengambil langkah pencegahan dan kawalan seperti membersih kawasan persekitaran, mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes untuk memastikan kawasan mereka bebas daripada denggi
|
Last Updated on Tuesday, 27 October 2020 11:07 |