
Kawasan Larangan Merokok Yang Diwartakan Bermula Tahun 2019
1. Rumah Kedai
Bagi kedai makan yang terletak dalam rumah kedai, jarak 3 meter ini bermula dari sempadan premis tersebut hingga ke jarak 3 meter di sisinya, termasuklah ruang pejalan kaki dan kawasan tempat parking, seperti yang kita boleh lihat dalam rajah di bawah ini.
2. Tempat Makan Terbuka
Sekiranya restoran atau kedai makan tersebut turut menyediakan tempat makan terbuka, maka kawasan larangan merokok juga meliputi kawasan terbuka tersebut. Kalau dilihat dari infografik ini, jarak 3 meter dikira dari lingkungan kerusi dan meja makan yang paling luar.
3. Gerai Makan
Begitu juga halnya dengan keadaan di gerai-gerai makan. Jarak 3 meter bukan saja dikira dari gerai, tetapi 3 meter dari kerusi dan meja yang disediakan
4. Food Truck
Food truck atau gerai makanan juga begitu
5. Restoran Atas Tanah Lot
Bagi restoran yang terletak di atas tanah lot, keseluruhan kawasan dalam perimeter lot tersebut adalah kawasan larangan merokok. Jadi tidak kira makan di luar atau di dalam, kedua-duanya adalah kawasan larangan merokok seperti yang kita lihat dalam rajah di bawah ini.
6. Kedai Makan Dalam Sungai
7. Kenderaan
8. Kedai Makan Atas Awan

23 KAWASAN LARANGAN MEROKOK YANG TELAH DIWARTAKAN DI BAWAH PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU
Restoran bukanlah satu-satunya tempat yang tidak dibenarkan merokok. Malaysia telah pun mengisytiharkan 23 kawasan larangan merokok mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau. Dua daripadanya baru dikuatkuasakan iaitu Bangunan Parlimen dan premis / kedai makan terbuka.
Maka, kesemua 23 kawasan larangan merokok ini adalah:
1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam 2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik 3. Di dalam lif atau tandas awam 4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin 5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam 6. Di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta bawah peraturan 22 7. Di dalam mana-mana lapangan terbang 8. Di dalam mana-mana premis kerajaan 9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian 10. Di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi 11. Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak 12. Di dalam mana-mana bas sekolah 13. Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd. dan Pos Malaysia Bhd. 14. Di dalam mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah 15. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak 16. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium 17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan 18. Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan 19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet 20. Di mana-mana kawasan di dalam suatu tempat latihan khidmat negara 21.Di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat 22. Bangunan Parlimen 23. Di mana-mana restoran dan kedai makan terbuka.
Sekiranya di dapati bersalah dan melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan ini denda tidak melebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun akan dikenakan.
|