TUJUAN
Panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada semua warga dan zon Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di PEJABAT KESIHATAN DAERAH KOTA TINGGI dalam melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Melalui panduan ini, diperjelaskan konsep EKSA, elemen-elemen baharu yang diperkenalkan oleh pihak MAMPU dan kaedah pelaksanaan EKSA di PEJABAT KESIHATAN DAERAH KOTA TINGGI. Sebagai tambahan panduan ini adalah sebagai piawaian tindakan kebersihan, kekemasan dan keselamatan secara minima sahaja namun pemakaiannya adalah tertakluk kepada kesesuaian di peringkat zon.
EKSA sebagai kesinambungan dari Amalan 5S haruslah dilihat sebagai satu program yang menggalakkan semua zon di PKDKT agar lebih kreatif dan inovatif dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai dan mampu meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan. Melalui panduan ini diharapkan dapat memantapkan lagi pengurusan persekitaran pejabat sehingga semua warga PKDKT dapat bekerja dalam persekitaran tempat kerja yang sistematik, selesa dan kondusif.
Zon Eksa di Klinik Kesihatan dan Pejabat Kesihatan Kota Tinggi
BIL
|
TEMPAT
|
NAMA ZON
|
1
|
Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak
|
Amethyst
|
2
|
Klinik Kesihatan Air Tawar 2
|
Olivine
|
3
|
Klinik Kesihatan Bandar Mas
|
Topaz
|
4
|
Klinik Kesihatan Sening
|
Opal
|
5
|
Klinik Kesihatan Bandar Penawar
|
Amber
|
6
|
Klinik Kesihatan Pengerang
|
Zircon
|
7
|
Klinik Kesihatan Sungai Rengit
|
Emerald
|
8
|
Klinik Kesihatan Bayu Damai
|
Violet
|
9
|
Klinik Kesihatan Waha
|
Sapphire
|
10
|
Klinik Kesihatan Lok Heng
|
Capri
|
11
|
Klinik Kesihatan Tanjung Sedili
|
Ruby
|
12
|
Klinik Kesihatan Sedili Besar
|
Azore
|
13
|
Klinik Kesihatan Bukit Besar
|
Spinel
|
14
|
Klinik Kesihatan Bandar Tenggara
|
Aquamarine
|
15
|
Klinik Kesihatan Air Tawar 5
|
Tourmaline
|
16
|
Pejabat Kesihatan Kota Tinggi
|
Turquoise
|
|
Last Updated on Monday, 05 November 2018 22:51 |